Showing posts with label Dr Abd Basit Abd Rahman. Show all posts
Showing posts with label Dr Abd Basit Abd Rahman. Show all posts

Tuesday, 30 October 2012

RUKUN IMAN - DR. ABU ANAS MADANI

 
MUQADDIMAH 

Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya, iaitu Nabi kita Muhammad bin Abdullah SAW. Penyebaran ilmu Islam mempunyai kesan yang besar dalam menjelaskan hakikat Islam, meneguhkan pendirian beragama dan membangunkan umat. Berdasarkan tujuan yang murni ini kami berusaha untuk merealisasikannya melalui jalan dakwah dan pendidikan. Usaha untuk memberi sumbangan ke arah mencapai matlamat tersebut, tulisan mengenai “Rukun Iman” yang dinukil secara ringkas dan bersandar kepada dalil daripada al-Quran dan As-Sunnah. Perbahasan buku ini memudahkan pembaca untuk memahami dan ia disasarkan khususnya kepada mereka yang tidak mempelajari secara mendalam ilmu-ilmu Islam.

Tulisan ini merupakan salah satu daripada program Jabatan Kajian Ilmiah, Universiti Islam Madinah. Pihak Jabatan telah meminta beberapa orang pensyarah dari Jabatan Usuluddin untuk menulis beberapa tajuk yang telah dipilih. Buku ini kemudiannya telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa dunia hari ini. [Lihat: http://www.islamhouse.com/ ]

Saya diamanahkah untuk menterjemahkannya ke Bahasa Melayu bersama beberapa orang sahabat mahasiswa UIM yang masih menuntut di sana. Memandangkan buku yang ditulis seperti ini tidak begitu meluas dalam masyarakat kita, maka diharapkan buku “Rukun Iman” ini dapat memberi ilmu fardhu ‘ain yang berguna kepada masyarakat dalam memahami ilmu yang amat penting ini. Walaupun kecil, ia merangkumi semua topik yang berkaitan dengan Iman yang dibincangkan berdasarkan dalil daripada Kitab dan Sunnah. Kami memohon kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi agar mengurniakan sebaik-baik ganjaran pahala kepada panel penulis dan penterjemah serta mereka yang mencetak dan mengedarnya di Malaysiai. Kami juga memohon kepada Allah Subhanu Wa Ta’ala agar menjadikan amal ini sebagai sesuatu yang memberi manfaat serta memberi taufik kepada kami untuk melaksanakan beberapa projek lain lagi dengan limpah kurnia-Nya. Juga agar Allah Subhanu Wa Ta’ala memberi taufik kepada kita semua untuk melakukan perkara yang disukai dan diredhai-Nya, serta menjadikan kita semua dalam kalangan para pendakwah dan pendokong kebenaran.

Penterjemah/Penyunting,
Abu Anas Madani.
www.abuanasmadani.com


  • Harga Buku : RM 13
  • Kos Pos dan Bungkusan : RM 7 (S.Malaysia) / RM 10 (Sabah/Sarawak)
  • ISBN-13: 978-983-44509-3-9
  • Cetakan Pertama: 2012
  • Jumlah Muka Surat : 155
  • Penerbit: DAR TAIBAH
Untuk mendapatkan RUKUN IMAN ini, sila hubungi:
  • Nama: Mohd Izdiharudin Ibrahim
  • No. H/P: 019-4145383
  • No Akaun Maybank: 1620 1284 7428

Friday, 28 October 2011

Kitab Mastika Hadis Jilid 2



Senarai Lengkap Kuliah Kitab Mastika  Jilid 2
(Dr. Abd Basit Abd Rahman)



 
 
 
 
 
 

Tuesday, 26 July 2011

Kuliah Syarah Kitab Perisai Muslim (Senarai Lengkap 41 Siri)

Buku ini mengumpulkan bacaan doa dan zikir dari hadis sahih, hasan dan yang mempunyai sanad yang baik dan boleh diamal berdasarkan hukum yang diputuskan oleh ulama’ hadis. Ia amat sesuai dihadiahkan kepada sesiapa sahaja sebagai perisai diri kerana buku ini menyediakan kebanyakan doa yang penting untuk kelengkapan diri. Buku ini mengandungi semua jenis doa dalam kehidupan seharian, bermula dari bangun tidur hingga kepada tidur yang berikutnya.

Senarai lengkap kuliah Kitab Perisai Muslim :

SIRI 01-Mukadimah.mp3
SIRI 02-Adat & Faedah Zikir.mp3
SIRI 03-Kelebihan Zikir (1).mp3
SIRI 04-Kelebihan Zikir (2).mp3
SIRI 05-Doa Bangun Tidur 1.mp3
SIRI 06-Doa Bangun Tidur 2.mp3
SIRI 07-Doa Memakai & Menanggalkan Pakaian.mp3
SIRI 08-Doa Semasa Wuduk.mp3
SIRI 09-Doa Semasa Keluar & Masuk Rumah.mp3
SIRI 10-Doa Semasa Pergi,Masuk & Keluar Masjid.mp3
SIRI 11-Doa Ketika & Selepas Azan.mp3
SIRI 12-Doa Permulaan Solat.mp3
SIRI 13-Doa Permulaan Solat (2).mp3
SIRI 14-Doa Ketika Rukuk.mp3
SIRI 15-Doa Ketika Sujud.mp3
SIRI 16-Bacaan Selepas Tasyahud Sebelum Salam (1).mp3
SIRI 17-Bacaan Selepas Tasyahud Sebelum Salam (2).mp3
SIRI 18-Bacaan Selepas Tashahud Sebelum Salam (2).mp3
SIRI 19-Bacaan Selepas Solat (1).mp3
SIRI 20-Bacaan Selepas Solat (2).mp3
SIRI 21-Zikir Pagi Dan Petang (1).mp3
SIRI 22-Zikir Pagi Dan Petang (2).mp3
SIRI 23-Zikir Pagi Dan Petang (3) & Bacaan Sebelum Tidur (1).mp3
SIRI 24- Bacaan Sebelum Tidur (2).mp3
SIRI 25- Bacaan Membalikan Diri Wuktu Tengah Malam.mp3
SIRI 26- Bacaan Ketika Dukacita & Sedih.mp3
SIRI 27- Doa Keatas Musuh.mp3
SIRI 28- Doa Atau Ucapan Apabila Berdosa.mp3
SIRI 29- Doa Orang Sakit & Solat Jenazah.mp3
SIRI 30- Doa Solat Jenazah Kanak-Kanak.mp3
SIRI 31- Doa Ketika Angin Ribut.mp3
SIRI 32- Doa Ketika Melihat Anak Bulan.mp3
SIRI 33- Doa Ketika Bersin.mp3
SIRI 34- Bacaan Apabila Berada Dalam Majlis.mp3
SIRI 35- Doa Agar Terhindar Daripada Syirik.mp3
SIRI 36- Doa Orang Musafir Kepada Orang Bermukim.mp3
SIRI 37- Mengucap Salam.mp3
SIRI 38- Doa Kepada Orang Yang Dicaci.mp3
SIRI 39- Bacaan Ketika Kagum Terhadap Sesuatu.mp3
SIRI 40- Bacaan Untuk Menolak Ganguan Syaitan.mp3
SIRI 41- Kelebihan Tasbih,Tahmid,Tahlil & Takbir.mp3
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...